Monday, 13 March 2017

Lakaran Sejarah Stesen Bas Sandakan

Bagi yang pernah berkunjung ke Sandakan, pasti akan singgah ke Gentingmas Mall (GMM). Kalau tidak pun, akan ternampak pasaraya GMM dalam perjalanan di sekitar pusat bandar Sandakan. Di hadapan GMM itu terletaknya Stesen Bas Sandakan yang kini sudah mencecah usia 60 tahun.
Sumber: Azila's Travels

Monday, 12 December 2016

Coretan Buat Bakal Pendidik di Negeriku

Seandainya kemerdekaan sesebuah negara itu diperoleh daripada pengorbanan perajurit yang berjuang menentang penjajah, kemerdekaan minda pula dikecapi melalui jasa guru yang seringkali diibaratkan sebagai lilin yang membakar dirinya. Coretan ini khusus ku tujukan kepada rakan-rakan sezaman denganku yang bakal bergelar pendidik nanti.

Guru sebagai Pendidik 

Mutakhir ini, kita sering dibayangi persepsi yang menyatakan peranan seorang guru bukanlah sebagai pendidik tetapi hanyalah berupa kerjaya selepas mendapatkan segulung ijazah di universiti atas desakan masa ini. Perguruan adalah profesyen yang menguntungkan dan menjamin masa hadapan seseorang berbanding dengan kerjaya dalam bidang lain. 

Berbeza dengan guru yang telah sekian lama berkhidmat, bukan sahaja sebagai pengajar, malah sebagai pendidik kepada anak bangsa tanpa mengenal erti penat lelah dan jemu. Mereka dahulunya pernah melalui zaman kesukaran hidup menanamkan azam untuk menyedarkan anak didik mereka akan peri pentingnya ilmu pengetahuan yang akan merubah kehidupan akan datang. Tapi kini, peranan mendidik itu dibebani pula dengan kerja-kerja pengkeranian seiring dengan arus kemodenan kononnya hinggakan para guru terpaksa mengorbankan masa rehat mereka bersama keluarga demi menyiapkan segala tugasan. 

Namun demikian janganlah kalian salah faham. Bukan bermakna rakan-rakan sezaman denganku yang bakal menjadi guru menyandarkan keuntungan sebagai matlamat, cuma aku ingin menyatakan kerisauan yang sekian lama ku alami. Aku percaya, niat kalian hanya untuk mendidik, tidak selain itu.

Keadaan Sekolah di Negeriku 

Wahai bakal pendidik, 

Ingin sekali aku ceritakan tentang negeriku yang mungkin akan kalian kunjungi nanti. Negeriku ini kaya dengan hasil bumi. Ada minyak sawit, petroleum, kayu balak dan bermacam sumber semulajadi tetapi hakikatnya negeri miskin, duduknya selepas Kelantan. 

Keadaan sekolahnya juga dhaif terutamanya di kawasan pedalaman sehingga ku rasakan seakan-akan berada di Afghanistan. Tetapi, negeriku ini tidak ada perang, yang ada cuma perang antara politikus untuk mendapatkan kuasa. Aku tidak tahu apa yang mereka fikirkan dengan anak-anak kecil di pedalaman ini. 

Ada sekolah di pedalaman tanpa kemudahan asas, tidak ada air bersih, tidak ada elektrik, jalan berlumpur ke sekolah, jambatan rosak dan ada yang sudah terputus, malahan bot pun tidak ada untuk menyeberangi sungai. 

Mengajar di pedalaman negeri ini jauh berbeza keadaannya dengan sekolah di ibu kota dan bandar-bandar besar yang dilengkapi infrastruktur canggih dan moden. Tahukah kalian, ada sekolah yang tidak berdinding di pedalaman negeriku ini? Ia berpunca daripada kebakaran yang memusnahkan sekolah-sekolah tersebut yang sebahagiannya diperbuat daripada papan seperti di SK Tampasak Papar, SK Gadong Beaufort, SK Simpangan Kota Marudu, SK Penimbawan Tuaran dan SK Pekan Kiulu pada tahun lalu. 
Salah sebuah sekolah tanpa dinding di Tuaran, Sabah 

Bermakna, sudah setahun anak-anak negeri ini belajar tanpa dinding dan ada yang belajar di bawah khemah. Kalau bukan kerana viralnya perkara ini di media arus perdana, mungkin bertahun-tahun jugalah anak-anak negeri ini duduk di dalam kelas tidak berdinding. Dan mungkin menteri-menteri negeri juga terus lena dengan tidur mereka sedangkan murid-murid di sekolah itu ada yang pengsan kerana kepanasan belajar di bawah kelas tanpa kipas. 

Keadaan ini mengingatkanku kepada program kelab universiti yang aku sertai beberapa tahun lalu di Pulau Sanghai Sandakan. Keadaan sekolah di pulau itu boleh dikatakan dhaif tanpa kelengkapan yang secukupnya. Barangan elektrik hanya bergantung kepada jenerator untuk berfungsi. Air tadahan hujan menjadi sumber bekalan bukan sahaja untuk sekolah, tetapi untuk seluruh pulau tersebut. 

Wahai bakal pendidik, 

Ketahuilah, sebahagian anak-anak yang tinggal di pedalaman dan kawasan yang serba dhaif ini mulai berputus asa kerana kesusahan yang mereka alami mendesak mereka untuk berkerja mendapatkan wang demi meneruskan kehidupan. Penduduk di Pulau Sanghai sendiri mengakui perkara ini dan menganggap pendidikan tidak mampu merubah kehidupan mereka melainkan hanya membawa kesusahan. Maka berakhirlah kehidupan generasi pelapis ini sebagai nelayan sepenuh masa yang merasakan menjual ikan di pasar-pasar itu lebih lumayan dengan pendapatan bulanan mencecah RM900 berbanding dengan belajar di sekolah. 

Demikian juga halnya dengan anak-anak di kawasan pedalaman yang tidak ada pendidikan, akhirnya menjadi kuli di negeri sendiri dengan pendapatan sekadar ‘cukup makan’. Aku kira, bagaimanalah mereka melalui kepayahan ini dengan meningkatnya harga barangan setelah dilaksanakan GST. 

Bagaimana hendak menjadi majikan kalau huruf dan angka pun tidak kenal, tidak pernah ke sekolah bahkan ada yang tidak tahu apa itu sekolah. Yang mereka tahu hanya kerja untuk hidup.

Harapan buat bakal Pendidik 

Tatkala anak-anak muda di kota raya dibelenggu masalah keruntuhan akhlak dan terhakisnya nilai moral akibat terdedah dengan unsur-unsur negatif dari luar, anak-anak muda di kawasan pedalaman pula dibebani dengan kesukaran mendapatkan ilmu pengetahuan. 

Sepanjang pengalaman berada di pulau Sanghai Sandakan dan di beberapa tempat di kawasan pedalaman yang pernah aku lawati, aku melihat anak-anak ini punya kesungguhan untuk terus belajar. Ada yang bercita-cita untuk menjadi jurutera, ada pula yang berimpian untuk menjadi doktor supaya dapat merawat orang kampungnya, ada pula yang sudah menyimpan harapan untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading. 

Sebagaimana besarnya kesukaran yang dilalui oleh mereka, besarlah juga harapan ini kepada bakal guru untuk mendidik anak-anak negeri ini sehingga menjadi orang berguna. Aku ingin melihat, anak-anak yang hidup di kawasan pedalaman dan terpinggir ini nanti akan menjadi generasi pelapis kepimpinan negara. 

Jangan dimatikan cita-cita mereka hanya kerana mereka ini anak kampung yang tidak tahu apa itu televisyen, komputer, bahkan telefon pintar. Jiwa mereka masih suci untuk dibentuk menjadi insan berguna yang kelak, akan memberi bakti kepada masyarakat dan negara. 

Ketahuilah, besarnya peranan kalian wahai bakal pendidik dalam membentuk anak-anak negeri ini menjadi insan yang berkebolehan sebagaimana aku dan rakan-rakanku diajar dan dididik oleh guru kami sehingga berjaya menjejakkan kaki ke menara gading. 

Akhir kata, banyak sekali yang ingin aku ceritakan tentang kedhaifan negeriku tetapi cukuplah sekadar ini, biarlah kalian merasainya sendiri apabila kalian ditugaskan untuk berkhidmat ke pedalaman negeriku nanti. 

Sekian, 

*Diterbitkan oleh TMI pada 15-April-2015

Pelaksanaan GST dan kesan terhadap penduduk Sandakan

Daerah Sandakan 

Sandakan merupakan daerah kedua terbesar di Sabah selepas Kota Kinabalu dengan kepadatan penduduk berjumlah 396 290 orang yang mewakili 11% keseluruhan penduduk negeri Sabah. 

Tiga tahun yang lepas, penulis pernah berkerja sebagai Pengawal Keselamatan di Klinik Kesihatan Sandakan (Klinik Pesakit Luar) selepas menamatkan pembelajaran Tingkatan Enam pada tahun 2011. Gaji bulanan yang penulis perolehi selama sebulan hanya RM 330 sahaja di bawah sebuah syarikat kawalan keselamatan berskala kecil tanpa sebarang kenaikan kecuali berkerja Lebih Masa (OT). 

Kemudian penulis berpindah ke syarikat kawalan keselamatan baharu yang telah mendapat tender KKS untuk penggal yang baharu dengan gaji bulanan sebanyak RM1,000+. Jika ditolak dengan KWSP dan yuran Pakaian Seragam untuk syarikat baharu tersebut maka gaji bersih yang diperoleh adalah sebanyak RM800+. 

Perbezaan yang ketara terhadap jumlah gaji bagi kedua-dua syarikat adalah disebabkan oleh sistem gaji minimum sebanyak RM800 kepada pengawal keselamatan masih belum dilaksanakan di Sabah ketika itu. Setelah pelaksanaan tersebut, barulah ada perubahan gaji bagi pengawal keselamatan di Sandakan. 

Namun demikian, tidak semua syarikat kawalan keselamatan melaksanakan sistem gaji baharu walaupun telah diarahkan oleh pihak berkuasa kerana kebanyakan tender yang dibuka untuk perkhidmatan kawalan keselamatan adalah dalam skala yang kecil dan hanya syarikat kawalan keselamatan yang berskala kecil sahaja yang akan mendapatkan tender tersebut termasuklah syarikat Kawalan Keselamatan EON dengan gaji bersih bulanan sebanyak RM450 ketika itu. 

Keadaan tersebut menjadi penanda aras bahawa masih ramai penduduk Sandakan yang berpendapatan rendah di bawah RM800 sebulan malah ada yang lebih rendah daripada itu sehingga mencapai angka RM300. Tetapi agak menghairankan kerana kos sara hidup di Sandakan agak tinggi sedangkan taraf hidup penduduknya masih berada pada paras yang rendah dan sederhana. Kos sebuah rumah di Sabah adalah kedua termahal di Malaysia termasuklah di Sandakan! 

Lalu, ramai penduduk Sandakan tinggal di kawasan setinggan kerana tidak mampu untuk menyewa rumah, apatah lagi membelinya. Rumah PPRT pula masih belum cukup untuk menampung jumlah penduduk yang dipindahkan daripada rumah setinggan yang dimusnahkan oleh pihak berkuasa. 

Ditambah pula dengan pelaksanaan GST yang dilihat lebih membawa kesan buruk kepada warga Sandakan kerana harga barangan di sebahagian besar pasaraya telah dinaikkan secara perlahan-lahan termasuklah pasaraya Gentingmas yang terkenal dengan harga barangan murah di daerah Sandakan. 

Kenaikan harga barang menyumbang kepada pertambahan nilai perbelanjaan bulanan bagi setiap keluarga yang terpaksa menampung perbelanjaan anak-anak yang bersekolah. Lalu bagaimana pula keadaannya dengan golongan yang berpendapatan kurang daripada RM800 sebulan untuk membayar sewa rumah, belanja dapur, belanja harian anak-anak ke sekolah, dan sebagainya? 

Slogan yang dilaung-laungkan oleh para wakil rakyat semasa pilihanraya adalah untuk membantu penduduk Sandakan meningkatkan taraf hidup mereka namun agak mengecewakan kerana sehingga ke saat ini, belum ada wakil rakyat yang menyuarakan bantahan mereka terhadap kenaikan harga barang di Sandakan baik daripada pihak Barisan Nasional mahupun wakil rakyat pembangkang yang menyandang kerusi Parlimen dan DUN. Yang disibukkan adalah isu penubuhan Pakatan Rakyat Baharu di Sabah! 

Rakyat bukan mahukan wakil-wakil mereka ini menyalurkan wang berjuta kepada mereka seperti BR1M tetapi mereka mahu supaya wakil-wakil yang mereka pilih ini mencari satu jalan untuk keluar daripada permasalahan yang mereka hadapi. Paling kurang pun, suara-suara mereka disampaikan kepada para pemerintah supaya diambil peduli terutamanya golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana. Bukan hanya pada musim pilihanraya sahaja baru mahu menjejakkan kaki ke pondok usang di celah-celah kampong! 

Adakah perlu rakyat Sabah bangun menentang seperti yang dilakukan oleh pergerakan SABAH SARAWAK KELUAR MALAYSIA (SSKM) barulah para wakil rakyat ini sedar dari ‘tidur’ mereka? Janganlah pula sudah terhantuk, baru terngadah. Ketika itu, barulah mereka tahu akan tingginya langit yang didongak dan rendahnya bumi tempat berpijak. 

*Diterbitkan oleh TMI pada 02-April-2015

Friday, 18 December 2015

Kembara ke Pulau Sanghai, Sandakan Bahagian 1

Fuhh!

Serasanya program ni telah pun berlalu dua tahun lepas. Tahun 2013. Dua tahun kemudian baru ada semangat untuk menulis kisah tentang program ni. Sebenarnya, menulis ni pun memerlukan kekuatan, Kerana, kalau sudah malas, lagi-lagi menulis tentang kisah lampau yang samar-samar dalam ingatan, mudah patah semangat! Ni sedang mengumpul kekuatan juga ni sambil-sambil menaip.

Antara sumber kekuatan, "Sense of Belonging" terhadap Sandakan, tanah kelahiran. Demi Sandakan, saya akan gagahi jari jemari ini untuk menaip. Hahahaha

Hmmm...

Agak banyak juga peristiwa yang tidak dapat dicatat memandangkan tempoh dua tahun agak lama untuk menyimpan momen-momen sepanjang program. Apapun, saya akan cuba untuk menulis mana yang saya teringat dan mungkin akan ada proses penyuntingan selepas ini.

Okeh, kalau mau tahu apa itu Pulau Sanghai, mungkin boleh rujuk catatan lepas saya, Ekspedisi ke Pulau Sanghai Bahagian 1Bahagian 2 & Bahagian Akhir.

Dalam catatan kali ini, saya akan fokuskan kepada pengalaman sepanjang berprogram di sana.

*Btw, saya sebenarnya mau menulis guna bahasa rasmi tapi macam ndak selesa pula. Saya tulis macam biasa jak la.

Sukarelawan selamat tiba di Lapangan Terbang Sandakan. Waktu ni sedang dijalankan kerja-kerja menaiktaraf lapangan terbang supaya menjadi lebih cantik. Jadi kalau latar belakang tu nampak bida', faham-faham jak la ya.

Saya akan cerita berdasarkan isu, bukan ikut hari macam dalam laporan tu ya. Hehehe.

Mula-mula Sampai...

Sesampainya di lapangan terbang, kami terus menuju ke jeti Sinora. Saya naik kereta sebab bawa barang-barang makanan, kawan-kawan yang lain naik bas. Bas sewa. Dengar cerita siuk kunuk dorang menyanyi dalam bas. Nda tau la lagu apa dorang nyanyi tu...

Selamat datang ke Sandakan buat kawan-kawan yang bukan Sandakanian. hahaha

Kegembiraan jelas terpancar di wajah mereka. Penuh keriangan... Sukar diungkap dengan kata-kata...

Mercu tanda Sandakan ni. Jangan macam-macam
Sampailah di Jeti Sinora...

Masa untuk angkat barang. Ni Legend-legend MISI ni. Jangan macam-macam.

Yang ni ndak tau mau cakap apa. Militan, bukan juga. Tapi begitulah, panas kan. Yang ada di situ jak tau rasanya macam mana. Hahaha


Pensyarah pun ikut serta dalam program kali ni.

Prof. Dr. Che Amnah.


Kirim Salam Kek tu ya.


Barang sudah angkat naik bot, Sekarang orangnya pula naik bot dan... berlayar ke Pulau Sanghai...

Kepenatan jelas terpancar. btw, pegawai yang sertai program ni kami panggil dengan panggilan mesra 'Abang Din'. Memang 'sporting' la. Yang berbaju putih tu dikenali dengan nama glemer beliau, 'Cecep'. Legend of MISI.
Batu Sapi. Berbentuk sapi. Sebab tu dikenali sebagai Batu Sapi. Nama tempat ni pun diambil daripada batu ni. Salah satu mercu tanda di Sandakan.
Kali ni kasi turun barang pula. Naik turun naik turun...
Eh? Bukan ni ka tadi yang...
Ok, sesi 'briefing' pula.

Cikgu Sudik, merupakan pendidik di SK Pulau Sanghai. Penerangan daripada beliau cukup jelas dan mantap.
Cikgu Sudik antara 'Tulang Belakang' program ni yang juga menjadi orang rujukan kami sebelum program ni berjalan.

Tadaaa... Tempat penginapan kami yang juga merupakan Bilik Guru. 
Jaguhan yang tolong angkat barang-barang.
Pasang Banner dulu...

"Ku pinjamkan bahuku...." -Bro Badran-
18 SG. (wajah terpaksa disembunyikan demi kebaikan masyarakat umum)
Tadaaa...

Para pemasang banner bergambar dengan wajah penuh bangga.

Ok lah, masa untuk dinner pula. Penat suda ni.

Orang tua-tua ada pesan, kalau mau cari pasangan hidup, cari yang pandai bekerja di dapur. Saya ndak payah cakap lah, biarkan gambar berbicara... hahaha



Antara tenaga makan malam. Bertungkus lumus. Belum masuk part buat sambal. Memang berbakat memasak semuanya. hahaha

Makan....

Makan Malam pertama di perantauan, Pulau Sanghai.
Lauk malam tu... hmmm... sukar dinyatakan dengan kata-kata...


Perjumpaan dengan Penduduk kampung...




Kupi-kupi dulu...
Lepas tu, kemas barang untuk program motivasi besoknya...

Fokus-fokus...

Bila Legend buat kerja, saya pun tia tau mau cakap apa. Dorang atur tu barang rilek jak... Isteady...

Tadaaaa... Siap suda :)


Eh, macam cerita ikut hari jak ni... Hmm... Sabar ging. Istidi luk. Hahaha

Hari Kedua - Program Motivasi

Nah, harini ada program kemuncak. Bersama anak-anak Sanghai.

Sebelum pigi program, main Takraw dulu ba. Bulih tahan juga budak-budak ni main. Jangan macam-macam.

Kami ??? Hahahaha... Sarapan dulu ba. Sarapan tu penting...

Kirim salam Rambut Balah Tangah ah! hahaha
Jurugambar kami yang paling DEDIKASI. Mr. RAMIS. Selalu dia teda dalam gambar. Ni antara gambarnya yang ada. Sedang menikmati sarapan pagi. Penuh penghayatan.... Fuhh!
Ok. Program Motivasi mau mula suda.

Motivator suda bersiap sedia! The Three Legends ~
Mr. Adib
Mr. Cecep
Mr. Badran
Mr. Hanafi (Legend to be)
Penuh Semangat Waja!
Fokus...fokus...fokus...
Sesi Bermula...

Sesi pengenalan Fasilitator


Hmmm.. Kreatif!

Program motivasi tu melibatkan kerja kumpulan. Pembentangan dan aktiviti luar kelas. Dengan fasi dorang masing-masing.

Hafiz and the Gang

Hanafi and the Gang

Masitah and the Gang

Fitri & Nuzul and the Gang

Projek luar kelas pula... Jommm!


Hmmm... Dorang punya kerja ni kali menconteng papan putih tu...
Dalam slot pertama tu, murid-murid diminta untuk melukis cita-cita dorang apabila besar nanti. Apa lagi, melawak la budak-budak tu. Hahaha

Slot kedua pula bina menara impian melalui bahan buangan yang boleh dikitar semula. Kebanyakannya botol-botol minuman.

Fokus modul ni melatih budak-budak di kampung tu untuk menggunakan semula bahan buangan yang masih boleh dimanfaatkan.


Makan Tengah Hari... Y_(^^,)_Y


Makan tengah hari disediakan oleh tukang masak yang komited dengan kerja-kerja bahagian dapur.

Tu baru tengok dalam gambar. Belum rasa lagi, hahaha

Kek Hari Jadi untuk budak2 yang befday bulan tu. Ditempah khas daripada kedai kek Hai Joo. Hahaha

Penutupan program Motivasi




Tamat Program Motivasi hari ni. Hahahaha

Tinjauan


Kehemseman menjangkaui sempadan
Eh, rilek dulu, kupi-kupi dulu bah...


Ok, Briefing dulu sebelum bergerak...



Untuk permulaan ni, saya biarkan dulu gambar berbicara. Mau sambung sebenarnya tapi macam panjang pula nanti. Jadi, saya rehat-rehat dulu. Nanti ada masa, saya sambung balik. Mungkin di sini, atau di pos yang lain.

Banyak juga yang mau diceritakan ni tapi,...

Bersambung...

~ ~ ~

*Eh, kejap, ni cerita sebelum dorang sampai ke Pulau Sanghai... Dengar cerita hampir-hampir ndak dapat datang sebab bas ndak sampai-sampai. hahaha

Briefing daripada Medic yang berpengalaman.
Awal dorang 'berkubu' di Tangga Besar.
Tuan Presiden pun ada sekali. Dan beberapa ahli MISI yang komited!
Sampai juga ke KLIA...
Welkam to Sandakan... :)

Beserta barang-barang...
Hahaha. Okeh, Sambung nanti

Kitakah Yang Memilih?

Popular Posts