Wednesday, 21 June 2017

Pasangan Tidak Seperti yang Dijangkakan? 3 Pesanan untuk yang Bakal Berkahwin.


Akhir-akhir ini kita dipaparkan dengan bermacam konfesyen/kisah berkaitan kehidupan selepas kahwin termasuklah kisah tentang pasangan yang diluar jangkaan.

Luar jangkaan macamana tu? Macam begini, sebelum kahwin sikapnya lain, selepas kahwin lain pula sikapnya. Ceritanya memang totally different daripada yang ditunjukkan oleh pasangan sebelum berkahwin.

Ia membuatkan seseorang dilema kerana tidak dapat menerima hakikat bahawa si dia sangat berbeza daripada ‘wayang’ yang ditayangkan selama ini.

Bagi yang sudah berkahwin dan sedang menghadapi keadaan sedemikian, rujuklah kepada kedua orang tua atau orang yang berpengalaman. Bagi yang belum berkahwin dan sedang merancang untuk menamatkan zaman bujang tidak lama lagi, ada beberapa pesanan untuk anda semua;


1. Jadilah Diri Sendiri 

 


Ya, jadilah diri sendiri dengan menunjukkan sikap yang sebenar. Tidak perlu bermain wayang di depan orang yang ingin dijadikan teman hidup. Kalau kita seorang yang kuat kentut, tidak perlu malu-malu untuk kentut. Lepaskan saja angin tu tapi biarlah dengan cara yang beradab.

Dan bukan juga bermaksud ‘keluarkan’ segala keburukan diri sendiri. Tidak sama sekali! Cumanya ingin ditegaskan di sini, jadilah diri sendiri dan berhenti berpura-pura kerana kepura-puraan itu hanya sementara. Sedangkan rumahtangga yang ingin dibina itu adalah untuk sepanjang hayat.

lagi satu, jangan mudah terpedaya dengan lakonan. Selidik dahulu latar belakang si dia sebelum membuat keputusan. Nanti ada pula kes, sebelum kahwin, bukan main soleh/solehah lagi. Lepas kahwin, nah, ambik kau! Baru kau tahu semua tu kepura-puraan semata.

Selain itu, diri sebenar boleh dijadikan kayu ukur untuk membuat pilihan sama ada teruskan langkah atau berhenti di situ sahaja.


2. Menerima Seadanya 

 


Disebabkan di Malaysia ni terlalu banyak drama yang memaparkan keindahan hidup berkahwin, maka ramailah orang yang membayangkan keindahan sedemikian dalam dunia realiti. Mengharapkan Cik/Encik Sempurna sebagai teman hidup yang romantis, penyayang, comel, bijak dan yang seangkatannya dengannya sehingga pada akhirnya anagan-angan itu bertukar menjadi mimpi ngeri hanya kerana sedikit kecacatan yang ada sekalipun sekadar terkentut di dalam kereta.

Harapan bila diletakkan terlalu tinggi, kalau jatuh, sangat menyakitkan. Bila sudah tidak boleh menerima kenyataan, mulalah rasa menyesal, gaduh sana sini, akhirnya jodoh pun turut berakhir.

Selagi diri sendiri tidak sempurna dan masih berliur sewaktu tidur, usah mengharapkan seseorang yang juga sempurna. Selagi belum mampu pimpin diri sendiri menuju ke syurga, jangan bermimpi bakal imam atau bakal makmum akan muncul menarik tangan ke jannah.


You get what you give 

Kesediaan untuk menerima baik buruk seseorang dapat menjamin kebahagiaan selepas berkahwin, insyaAllah, kerana tiada manusia yang sempurna di dunia ini. Itu kenyataan.


3. Alam Perkahwinan bagaikan Bahtera di Tengah Lautan 

 

pinterest.com

Perkahwinan ini adalah medan pertarungan, bertarung perasaan dan tenaga demi memastikan bahtera rumahtangga akan terus berlayar sekalipun dipukul badai di tengah lautan. Kita nampak pasangan tu bahagia jak padahal dia punya masalah, bukan kepalang!

Bak kata pepatah pujangga, hutan terbakar nampak asapnya, hati terbakar siapa yang tahu?

Dalam melayari bahtera rumahtangga,
Ada masa senang dan masa gelisah
Jangan nafsu diikut melulu
Sabar dan kemaafan itu perlu.
(Selamat Pengantin Baru – Hijjaz)


Kalau ada yang menganggap perkahwinan sebagai medan drama berkasih sayang, kurang-kurangkanlah menonton drama cinta yang sememangnya tidak akan sama dengan kehidupan kita. Tontonlah drama atau filem yang boleh memberi nilai tambah kepada diri kita sendiri demi kehidupan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

No comments:

Post a Comment

Kitakah Yang Memilih?

Popular Posts