Friday, 11 January 2013

Cinta Yang Terpendam

Hadirnya perasaan itu, bukan atas dasar paksaan. Ia hadir seiring dengan perubahan fitrah insani yang dikurniakan dengan hati dan perasaan. Ia bukan suatu bebanan, bukan pula suatu kepayahan. Tetapi ia adalah anugerah terindah.

Tidak dinamakan seorang manusia andai tiada sedikit pun perasaan dalam dirinya. Demikian juga haiwan, yang punya perasaan sekalipun mereka tidak dikurniakan akal fikiran seperti manusia biasa. Cumanya, haiwan-haiwan itu tidak mampu menterjemahkan perasaan mereka melalui ungkapan kata-kata kepada manusia. Sebaliknya hanya menunjukkan tindakan mereka yang didasarkan kepada perasaan. Namun, tidak semua manusia memahaminya.

Adakah itu dinamakan Cinta Yang Terpendam?

Yang terpendam itu sesungguhnya tersembunyi daripada kata-kata tetapi tidak pada tindakan. Tindakanlah yang akan menterjemahkan rasa cinta itu yang sememangnya amat sukar untuk diungkapkan. Mungkin beratnya bibir untuk menyatakannya kerana tidak ada keberanian, atau tidak ada keyakinan untuk berhadapan sebarang kemungkinan. Takut untuk bertemu jawapan yang mungkin sekali tidak bertepatan dengan keinginan di hati?

Lalu, memilih untuk memendamnya sedalam yang mungkin?

Tahniah!!! Sungguh itu adalah jalan yang terbaik

Kenapa Terbaik???

Sesuatu yang amat bernilai, tidak mungkin akan terbiar begitu sahaja. Demikian juga sebuah perasaan yang sekian lama tersimpan, terpendam, tersusun kemas di dalam hati, tidak pernah disentuh, hatta tidak pernah berubah sekalipun dilanda dugaan yang maha hebat. Perasaan itu, ia amat berharga. Sungguh!

Mana mungkin perasaan itu diluahkan sesuka hati. Andai demikian, apalah nilainya jika setiap orang mendapatkan bahagian perasaan itu? Semuanya sama. Tiada yang istimewa.

Jangan pernah menyesali perasaan yang terpendam tidak terluah kerana sekalipun perasaan itu tidak diketahui orang lain, tidak pernah berbalas, ia tetap sesuatu yang bernilai. Nilainya adalah sebuah KESETIAAN. KESTIAAN itu adalah bukti bahawa cinta itu amat berharga. Cinta yang berharga tidak akan tumpah sewenang-wenangnya dan yang pasti, tidak mudah berubah-ubah.

No comments:

Post a Comment

Kitakah Yang Memilih?

Popular Posts