Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah, pada hari ini, 27 Januari 2013 bersamaan dengan hari Ahad, saya (Wakil daripada Kelab MISI UIAM), Tuan Haji Hamzah Abdullah dan Encik Abdul Haris telah bersama-sama menjalankan tinjauan di Pulau Sanghai.
Tinjauan tersebut dilakukan untuk mendapatkan maklumat berkenaan Pulau Sanghai sebagai persediaan awal Kelab MISI UIAM sebelum menjalankan program di pulau tersebut.
|
Pulau Sanghai dari Jeti Batu Sapi |
|
Pulau Sanghai yang berdekatan dengan Kampung Trunglit |
Lokasi Pulau Sanghai
Pulau Sanghai terletak di Selatan bandar Sandakan dan bersebelahan dengan Kampung Trunglit. Jarak Pulau Sanghai dari Jeti Sinora Batu Sapi lebih kurang 7 km dengan mengambil masa selama lebih kurang 20 minit dengan menaiki bot berenjin 15hp.
|
Jeti Sinora Batu Sapi (salah satu jeti untuk ke Pulau Sanghai) Jeti yang sering menjadi pilihan dan yang terdekat untuk ke Pulau Sanghai |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Bot yang selalu digunakan oleh penduduk kampung Pulau Sanghai |
|
|
|
|
|
Pemandangan belakang pulau |
|
|
|
Perumahan Penduduk Kampung Pulau Sanghai |
Penduduk Kampung Pulau Sanghai
Penduduk di Pulau Sanghai merupakan penduduk tempatan beragama Islam suku kaum Bajau dan Suluk. Bahasa pertuturan yang digunapakai oleh penduduk tempatan adalah Bahasa Malaysia, Suluk dan Bajau. Dianggarkan terdapat lebih kurang 100 buah rumah yang ada di pulau tersebut termasuk di Kampung Trunglit. Kampung Trunglit dianggap sebagai sebahagian daripada daripada Pulau Sanghai kerana sangat hampir dengan pulau tersebut.
Penduduk tempatan menjalankan kegiatan menangkap ikan sebagai sumber ekonomi mereka yang berbentuk sistem ekonomi sara diri. Hampir kesemua penduduk di pulau tersebut adalah nelayan. Hasil tangkapan ikan akan dijual di pasar dan untuk kegunaan sendiri. Sumber air diperoleh melalui tadahan air hujan manakala sumber tenaga elektrik dijana dengan menggunakan 'Generator'.
Rata-rata penduduk di Pulau Sanghai masih belum tahu dan faham tentang agama Islam. Menurut Pak Cik Halin Osman, wakil penduduk Pulau Sanghai, keadaan tersebut berlaku kerana kekurangan tenaga pengajar yang boleh membantu mereka untuk belajar tentang agama dan melaksanakan ibadah di pulau tersebut.
|
Keadaan Surau yang masih kurang kemudahan (Mula dibangunkan pada awal tahun lalu melalui kutipan sumbangan daripada orang ramai dan telah siap sepenuhnya pada 3 bulan yang lalu) |
|
Keadaan rumah penduduk yang serba dha'if |
|
Bot-bot nelayan penduduk Pulau Sanghai |
|
Saya dan Haji Hamzah bersama kanak-kanak |
|
Di dalam Surau (Sebelum bergerak ke Kampung Trunglit) |
Bersambung...
No comments:
Post a Comment