Entri kali ni pula berkisar tentang SIFAT kucing yang saya nampak sepanjang saya melalui kehidupan bersama dengan kucing-kucing yang ada di sekeliling saya sendiri. Kiranya ni semua pengalaman saya sendiri la.
Antara sifat kucing yang akan saya kongsikan secara ringkas dalam entri kali ini adalah;
1. Sense of TRUST
2. Sifat yang TIDAK SETIA
3. Kucing Hilang?
1. Kucing juga ada sense of TRUST.
Kucing ni, bila dia suda ada rasa takut, dia akan lari daripada manusia. Memang susah mau dekat dengan dia kecuali, bagi dia KEPERCAYAAN.
KEPERCAYAAN yang macamana? Senang jak. Bagi dia rasa yang kita ndak mau tangkap dia. Just bagi dia makan. Tapi memang makan masa la.
Well, Kepercayaan yang dibina dalam tempoh yang lama sudah pasti meghasilkan ikatan yang UTUH berbanding kepercayaan yang dibina sekejap jak tetapi mudah hancur.
Kucing pun ada sense of TRUST. Jadi lepas ni jangan main tipu dengan kucing ya, lagi-lagi bab bagi makan... hehe
Perilaku kucing yang ketakutan dan masih belum ada kepercayaan terhadap manusia
|
2. [SETIA]
Kucing terkenal dengan sifatnya yang tidak setia. Jadi, sesiapa yang mau melatih tahap kesabaran diri dalam bab kesetiaan, cuba la try jaga kucing, hehehe.
Sebabnya, Kucing hanya akan setia kepada tuan yang boleh bagi dia makan. Sebab tu banyak kes kehilangan kucing sebab kucing lari ke rumah lain.
Tomot yang 'temberang' ~
|
3. Anda kehilangan kucing ???
Ada dua kemungkinan sahaja yang akan berlaku;
1. Datang semula
2. Hilang selamanya
Teori 1. Datang semula
Kucing yang biasa keluar daripada rumah, selalunya akan kembali ke rumah dalam tempoh masa paling kurang 2-3 hari. Melainkan, kucing tersebut 'diculik' oleh orang lain ketikamana kucing tersebut sedang bersiar-siar menghirup udara segar.
Adapun, kalau kucing yang baru tinggal di dalam rumah tersebut, dikhuatiri akan tersesat kerana masih tidak mampu mengingati jalan kembali pulang ke rumah. Sebab itu banyak kes kucing hilang atau sesat.
Teori 2. Hilang selamanya
Berdasarkan pengalaman, selalunya kucing yang hilang selamanya adalah kucing yang sudah lanjut usianya dalam lingkungan 5-6 tahun. Kucing-kucing ni hilang sebab tidak ingin tuannya berasa sedih atas kematiannya yang berlaku secara semulajadi. Teori ini telah terbukti.
Adapun, hilang selamanya juga ada teori lain iaitu 'penculikan'. Sama ada dilakukan oleh pihak yang ingin membela kucing tersebut atau pihak yang ingin melupuskan kucing tersebut. Kebiasaannya, kucing-kucing terbiar menjadi mangsa pelupusan.
Kasihilah kucing kesayangan kita selagi masih berkesempatan kerana bila mereka sudah tiada, yang ada hanya air mata yang menemani...
No comments:
Post a Comment