Entri kali ni akan berkisar tentang Kucing dan cara untuk mendidik kucing. =)
Kalau sebut pasal KUCING, saya ni bukan juga pakar sangat tapi boleh la sikit-sikit.
Teknik ni saya sudah poskan di dalam FB tapi kali ni saya gabungkan sekali teknik yang saya boleh kongsikan yang saya rasa ramai yang sudah tau pasal ni. Tapi sebelum tu, perkenalkan dulu kucing yang paling saya sayangi, namanya AKIN. =)
Tapi sebelum saya masuk ke UIA Gombak, AKIN mati akibat kemalangan pada malam hari. Dilanggar sewaktu dia melintas jalan raya. Mau buat macamana. Sudah ketentuan si Akin akan pergi.
Ok, berbalik kepada fokus pada kali ini, berkenaan 'didikan' yang paling asas untuk peminat kucing sekalian terapkan kepada kucing masing-masing, ada dua;
- Kaedah mendidik kucing yang suka berak merata tempat
- Kaedah menghentikan pergaduhan sesama kucing yang tinggal di dalam rumah.
Kucing suka BERAK MERATA?
Ok, salah satu sifat kucing yang kita perlu tahu adalah kucing mudah DILATIH terutama sekali anak kucing. Ini adalah kaedah TRADISIONAL yang saya boleh kongsikan dan InsyaAllah berjaya dengan usaha dan kesungguhan.
Tekniknya mudah saja;
1.
Ambik najis kucing yang dia sudah 'buang' di mana-mana tempat di dalam rumah. Kemudian letak di luar rumah atau di tandas. Zaman moden ni ramai orang latih kucing dorang berak dalam tandas especially yang tinggal di kawasan perumahan. Memang canggih la
2.
Perhatikan kucing anda kalau dia mau berak. Selalunya kita akan nampak simptom2 awal, kucing tu menghidu-hidu dan tangannya mulai mencakar-cakar lantai. Haaa, masa tu, angkat kucing anda kemudian letak dorang di tempat kita letak najis tu tadi. Bagi dorang hidu lama-lama.
3.
Mesti dia berak di situ! Percayalah. Lepas tu mesti kucing tu buat-buat manja dengan berlari sambil melompat meninggalkan 'sisa kumbahan' yang sudah dia buang. haha ~
4.
Tapi teknik ni kena ulang berkali-kali sampai kucing tu pandai berak di tempat yang kita sudah ajar dia. Dalam 1 minggu macam tu.
5.
Alhamdulillah, berjaya. Well Done !
Tomot, Ciko dan Oren sedang mendengar briefing. Buat-buat tidur pula tu. Masa ni umur dorang masih dalam lingkungan 3-4 bulan. Masih boleh dilatih. Bak kata pepatah "Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya." |
Kenapa kucing berGADUH sesama sendiri?
Sebab utama adalah kerana BAU mereka tidak sama.
Solusinya senang jak. Mandikan kucing-kucing yang suka bergaduh tu dengan menggunakan SYAMPU mandian yang SAMA. Kompom lepas tu dorang tidur sama-sama bahkan saling menyayangi seperti adik beradik.
Percaya atau tidak? Saya sudah melakukannya dan ternyata ia BERJAYA.
CIKO dan TOMOT saya temui pada hari yang berbeza. Mula-mula dorang gaduh jak. Tapi lepas saya mandikan sekali, hmmmm... tengokla apa dorang buat tu. |
Rasanya setakat itu saja la perkongsian tentang teknik mudah mendidik kucing kesayangan. =) Dan ini adalah pengalaman saya sendiri yang mana kedua-dua kaedah ini berjaya.
Tq cik atas infonya. 1st time saya dengar. Boleh jugak saya praktikkan nanti.
ReplyDeleteMungkin saya boleh kongsikan satu cara untuk menghalau kucing berak merata ni. Lebih2 lagi bukan kucing kita sendiri, tapi kucing liar atau mendatang. Harap2 dapat selesaikan masalah semua.
Boleh cuba gunakan produk "Cat Repellent" dari Jepun ni. Produk ni bila letak akan keluarkan bau yang menyebabkan kucing tak selesa & lari.
Yang bukan sahaja murah & mudah tapi tak menyeksa binatang. Produk ni ada saya nampak di website ni
www.tenringgitshop.com
Selamat mencuba yer.
Salam..blh jgk try spray cuka kt tmpt kucing slalu berak spy dia xberak kt ctu lg..
ReplyDelete