Wednesday 21 June 2017

Perkara yang anda Mesti Elakkan di dalam Resume



Sebelum ini saya ada kongsikan 6 Perkara Utama Yang Perlu Diberikan Perhatian di dalam Resumé Anda. Kali ini saya akan cuba kongsikan perkara-perkara yang mesti dielakkan ketika menulis resume.

Sebagaimana yang kita sedia maklum, resume menceritakan secara ringkas latar belakang diri seseorang. Oleh itu, ia perlu disediakan dalam keadaan yang terbaik dengan mengelakkan perkara-perkara seperti berikut;


1. Maklumat Peribadi


Meletakkan status perkahwinan, jantina, jenis lesen bahkan tarikh lahir pada bahagian maklumat diri tidaklah salah tetapi ia bukanlah satu keperluan dan lebih baik untuk tidak meletakkannya kerana apabila sudah diterima berkerja di syarikat tertentu, barulah maklumat tersebut diperlukan sebagai rujukan pihak syarikat. Dalam banyak-banyak hal juga, semua maklumat berkenaan akan diisi di dalam borang permohonan jawatan, maka tidak perlu diletakkan di resumé.

Nama, alamat, nombor Kad Pengenalan dan nombor telefon sudah memadai.

2. Emel Rasmi


cutegirlz@gmail.com, teddyfarah@hotmail.com, gadismuslimatharaki90@yahoo.com, dan bermacam-macam lagi... Andaikan anda adalah majikan dan anda melihat alamat emel sedemikian di dalam resumé yang anda terima, apakah yang bermain di minda anda ketika itu?

Sebaiknya, gunakan nama penuh sebagai alamat emel untuk mempamerkan sikap profesional. Sebagai contoh, letakkanlah; farah.wahidah@gmail.com, atau nurul.asyiqin.ali@yahoo.com, atau sitisumayyah@hotmail.com. Gunakanlah kekreatifan anda dalam merangka alamat emel yang formal asalkan ia masih dalam kerangka profesional.

3. PNGK @ CGPA


Ramai orang mahu mendapatkan pekerjaan tetapi malu untuk meletakkan PNGK (Purata Nilai Gred Keseluruhan) mereka di dalam resume. Mungkin disebabkan kerisauan tidak diterima berkerja akibat PNGK terlalu rendah, atau mungkin ingin mencuba nasib, kalau-kalau dipanggil temuduga sebab majikan ingin tahu PNGK sebenar si pemohon. Hindarkanlah sikap sedemikian.

Hanya PNGK atau CGPA! Bukan GPA! Ada juga yang meletakkan GPA kerana CGPAnya rendah sedangkan bakal majikan akan melihat kepada CGPA. Ia menyusahkan bakal majikan untuk menyelidik CGPA.

Meskipun PNGK anda rendah, anda perlu yakin dengan kemampuan diri sendiri. Jangan jadikan ia alasan untuk tidak meletakkan nilai PNGK di dalam resumé anda kerana ia adalah nilai daripada hasil titik peluh sepanjang pengajian di universiti. Hargailah usaha anda yang tidak terhitung pengorbanannya dan yang paling penting, letakkanlah pengharapan sepenuhnya kepada Ilahi kerana Dia-lah Yang Maha Memberi Rezeki.

Meletakkan PNGK memudahkan bakal majikan untuk membuat tapisan. Anda mudahkan urusan orang lain, urusan anda juga akan dimudahkan, insyaAllah.

4. Warna dan Reka Bentuk Resumé


Resumé yang dihiasi dengan pelbagai warna bukan sahaja mengganggu tumpuan bakal majikan bahkan, menurut pakar sumber manusia, warna tidaklah terlalu memainkan peranan dalam resumé berbanding maklumat diri pemohon kerja yang akan menjadi kayu ukur kelayakan mereka untuk menjawat jawatan tersebut.

Contoh resume yang terlalu berwarna-warni tetapi mengelirukan

Letakkan warna sekadarnya dan sebaiknya warna-warna yang cerah dan mudah untuk dibaca.


5. Semak Ejaan


Walaupun anda yakin anda mampu berbahasa Malaysia dengan fasih, anda perlulah melatih diri untuk ‘double check’ resumé anda supaya bebas daripada kesalahan ejaan walaupun hanya satu huruf atau kesalahan tanda baca.

No comments:

Post a Comment

Kitakah Yang Memilih?

Popular Posts