Monday 13 March 2017

Lakaran Sejarah Stesen Bas Sandakan

Bagi yang pernah berkunjung ke Sandakan, pasti akan singgah ke Gentingmas Mall (GMM). Kalau tidak pun, akan ternampak pasaraya GMM dalam perjalanan di sekitar pusat bandar Sandakan. Di hadapan GMM itu terletaknya Stesen Bas Sandakan yang kini sudah mencecah usia 60 tahun.
Sumber: Azila's Travels
Dibina pada pertengahan tahun 1950-an, SBS dahulunya terletak di tepi laut.

Stesen Bas SANDAKAN sebelum tahun 1950-an
Pada awalnya, stesen bas ini tidak mempunyai bumbung seperti sekarang. Stesen bas berbumbung telah dibina oleh En. Parker Kwan yang merupakan satu-satunya Arkitek di Sandakan pada ketika itu.

SBS menjadi perhentian bas yang melalui Jalan Leila dan Jalan Labuk. Di stesen ni cuma ada dua syarikat bas yang beroperasi, Syarikat Bas Jalan Leila Sdn Bhd dan Syarikat Bas Jalan Labuk Sdn Bhd.

Gambar stesen bas SANDAKAN di atas sekeping poskad
Suasana bandar Sandakan yang sesuai dengan nama jolokannya "Little Hong Kong".

Stesen Bas SANDAKAN 1960-an
Pemandangan di atas juga dijadikan sebagai gambar poskad.


Gambar diambil daripada travelog seorang Jurutera British di Sandakan yang terlibat dalam pembinaan jalanraya dan jambatan di Sabah dan Sarawak, D.H. Robinson. SBS benar-benar terletak di tepi laut sebelum GMM dibangunkan secara rasminya pada tahun 2006 di atas tanah yang ditambak.

Dan ini adalah suasana yang terkini;


Boleh dikatakan, Stesen Bas SANDAKAN adalah mercu tanda yang banyak menyimpan kisah sejarah meskipun tidak ada catatan terperinci. Ia juga menjadi saksi kepada pembangunan di bandar Sandakan sejak separuh abad yang lepas.

1 comment:

  1. Saya amat terharu dengan gambar ini mengingatkan saya masih kanak-kanak remaja sekitar tahun 19501 hingga telah banyak berubah. Bangunan pasar zaman Colony tahu kelaharian saya 1955 telah dirubuhkan.. Mohon saya simpan gambar ini untuk kenangan.

    ReplyDelete

Kitakah Yang Memilih?

Popular Posts